KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada Good Star Limited yang dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penguasa Kanan Nur Aida Arifin, 37, berkata demikian ketika disoal peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang mewakili Najib berhubung transaksi yang dilakukan antara 2009 dan 2011.
Wan Azwan Aiman: Kamu bersetuju bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas Ketua Pegawai Operasi 1MDB Radhi Mohamad, bekas Pengarah Kewangan 1MDB Terrence Geh Choh Heng dan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee adalah individu yang membenarkan wang itu dipindahkan ke akaun Good Star?
Nur Aida: Berdasarkan dokumen, ya.
Wan Azwan Aiman: Kamu bersetuju bahawa Najib tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada Good Star? Nur Aida: Setuju.
Sebelum ini, Nur Aida yang juga saksi pendakwaan ke-49 dalam pernyataannya mengesahkan bahawa AS$1.03 bilion telah dipindahkan ke akaun Good Star dan syarikat itu tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan 1MDB.
Dana itu dipindahkan ke akaun Good Star melalui dua transaksi iaitu AS$700 juta pada September 2009 manakala AS$330 juta pada Mei 2011.
Good Star menutup akaunnya di Coutts pada 4 Sept 2013 dan syarikat itu dibubarkan pada 2 Mei 2014.
Terdahulu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tiga tarikh baharu perbicaraan iaitu pada 30 April, 2 dan 31 Mei.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir bagi sambung perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MBD) di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto Bernama
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.